10 Januari 2009

Sumbangan Kecil, Impaknya Besar

Rabu, 7 Januari 2009. Saya menerima panggilan telefon dari seseorang [perempuan] yang pada mulanya tidak saya kenali. Pemanggil menelefon di telefon bimbit saya. Nombor yang tertera tidak saya kenali juga. Saya menjangkakan itu panggilan dari bank; sememangnya begitu kerana nombor telefon yang biasanya muncul di skrin telefon bimbit saya yang nombornya agak asing begitu, biasanya pihak banklah yang menelefon.

Jangkaan saya meleset. Walaupun pada mulanya pemanggil sengaja berteka-teki, namun setelah beliau memperkenalkan diri, oh saya kenal sangat dengan nama itu. Juliana Gomri namanya! Saya yakin ada sahabat-sahabat yang kenal nama ini. Mestilah, rakan sekolah kita dulu.... Juliana adalah antara rakan sekolah yang terputus hubungan sebegitu lama dengan saya apabila masing-masing tamat persekolahan di tingkatan lima pada tahun 1993. Wah, lama tu!

Apa yang menarik dan yang hendak saya tekankan di sini ialah Juliana memperoleh nombor telefon saya apabila beliau menaip nama seseorang [sahabat kita juga] dan entri nama tersebut membawanya ke laman blog ini. Dari blog ini beliau rupanya baru tahu tentang program Jalinan Kasih yang sudah dua kali kita usahakan. Beliau teruja.

Begitulah... Blog ini kecil saja dan dikemaskini pun secara berkala. Memanglah tidak semua daripada kita dapat akses internet. Pada awal membangunkan blog ini saya sering mengharapkan blog ini menjadi sebuah laman yang interaktif di mana pengunjung sentiasa bertukar-tukar maklumat dan berkongsi-kongsi cerita, meninggalkan komentar melalui ruangan komen, mengirimkan posting, menghebahkan berita atau apa saja yang berkaitan tentang dunia kita: The Legend Continue. Alhamdulillah, walaupun tidak semua hasrat itu terlaksana, namun sebahagiannya memberi sumbangan terutama dalam kita menghebahkan aktiviti-aktiviti yang kita lakukan terutama Program Jalinan Kasih itu.

Ya, blog ini hanya salah satu dari alat saja. Dalam dunia hari ini kita harus memanfaatkan semua medium yang ada untuk berhubungan dan terus menyambung silaturrahim. Selepas telefon bimbit dan asetnya iaitu "sms" menjadi penghubung silaturrahim yang popular, apa salahnya kita bngunkan juga blog ini sebagai alternatif dan medium tambahan.

Juliana Gomri adalah salah satu contoh kecil itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah..satu perkembangan yang baik. sekurang-kurangnya laman ini dah menjadi jambatan silaturrahim dalam usaha kita menjejaki rakan2 lain yang masih menyepi...Ayuh kawan2 kita panjangkan usaha ini agar kita menjadi batch contoh untuk warga SM Serdang yang lain....

Linda.

KHAIRYNA berkata...

SESIAPA YG MENGENALI BAD BOLEH TAK BERITAHU PERKEMBANGAN TERKINI BAD SAJA NAK TAHU DAH LAMA TAK DENGAR BERITA....JALINAN KASIH PUN DIA TAK JOINT

NIZAM MAT SAARI berkata...

Sdri. Khairyna,

Bad = Faisal Ibrahim? Masih bekerja di Terengganu dengan Petronas. masih berhubung dengan saya. Kali terakhir pada hari raya tahun lalu. Tidak pernah berjumpa :) Kawan-kawan lain ada berita?

NIZAM MAT SAARI

george berkata...

aku dah hilang ingatan dengan sek. serdang ni. lama sangat merantau tempat org. tengah cari geng spm sek. men. serdang tahun 1992.

khairyna berkata...

kalau nizam jumpa bad kirim salam kat dia ya...kata salam dari mangsa tarik tudung