06 Oktober 2008

Jalinan Kasih 2008: Lagenda Kembali

Tidak keterlaluan jika diistilahkan sebagai "lagenda kembali" kerana Program Jalinan Kasih 2008 benar-benar dapat membawa kembali "lagenda" Sekolah Menengah Serdang atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang.

Buat pertama kalinya Program Jalinan Kasih berjaya menghimpunkan lapan orang guru yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Serdang Pusat (kini Sekolah Kebangsaan Dato' Haji Zainuddin) dan Sekolah Menengah Serdang.

Antara guru yang hadir ke Program Jalinan Kasih 2008 ialah bekas pengetua, Cikgu Mohd. Noor bin Mydin, Cikgu Abu Bakar Othman, Cikgu Aziz Ibrahim, Cikgu Ishak Md. Isa, Cikgu Mohd. Yusoff Hamzah, Cikgu Redzuan Mastan dan Cikgu Mohd. Noh Osman.

Turut hadir ialah bekas ADUN Bandar Baharu, iaitu Ustaz Muhamad Fishol bin Hj. Said yang juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Serdang.

Cikgu Mohd. Noor bin Mydin diberi peluang berucap kepada semua bekas pelajar. Dalam ucapannya beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang berusaha mengadakan program seumpama ini.

Beliau turut menasihatkan bekas pelajarnya supaya memberi komitmen yang tinggi dalam pekerjaan dan bidang yang diceburi. Beliau berbangga dengan pencapaian bekas-bekas pelajar SM Serdang yang berjaya menjadi "seseorang" pada hari ini dan memberi khidmat dan sumbangan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Lebih 30 bekas pelajar yang hadir ke Program Jalinan Kasih ini bersama keluarga masing-masing.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
apa khabar semua? semoga berbahagia hendaknya. saya khalida masjuna bt abdul khalid ingin memohon ampun & maaf kerana tidak dapat menghadiri perjumpaan kali ini.hati ini meronta-ronta ingin kesana utk ketemu teman2 akan tetapi malangnya saya tidak mendapat keizinan suami utk kesana seorang diri tempoh ari. alangkah seronoknya dapat ketemu kembali teman2 buat kedua kali perjumpaan seumpama ini. syabas diucapkan kepada ajk yg bertungkus lumus utk menjayakan majlis seumpama ini. insyalah seandainya dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki, sekiranya majlis seumpama ini diteruskan lagi, saya akan menghadirkan diri utk sama2 memeriahkan lagi majlis ini. insyallah. sekiranya ada apa2 citer yg menarik sila emailkan kpd saya khalida_khalid76@hotmail.com

Tanpa Nama berkata...

Salam....minta masukkan gambar-gambar kat dalam ni sama

Kapt Khairul

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

buat semua teman2 SMS dan juga teman2 yg hadir semasa perjumpaan Jalinan Kasih 2008, saya ucapakan terima kasih dan terharu atas sambutan juga kerjasama yg diberikan oleh rakan2 sekalian. Saya amat berterima kasih kepada rakan2 yang sudi membantu dan 'ringan tulang' tanpa diminta untuk menjayakan program berkenaan.

Saya amat terharu dengan komitmen anda yg hadir dan lebih2 lagi guru2 yg turut sama hadir untuk memeriahkan lagi program berkenaan.

Buat teman2 yang tidak dapat hadir..kami amat terharu...namun kami yakin anda semua punya komitmen dan tanggungjawab masing2.Apa pun saya dan rakan yg lain amat berharap dilain masa kita semua akan berkumpul lagi...bagi mengeratkan silaturrahim antara kita...Terima kasih Atas sokongan rakan2 semua....Sekian Wassalam

yang Ikhlas
Mazelinda Che Ani

khairyna berkata...

assalamualaikum
seronok tengok jalinan kasih 08 namun rasanya yg 07 lagi dboom kot gurau aje maklumlah i yang joint
tahun nie tak sempat sebab tak balik pun kedah kena turn jb nanti ada apa-apa view my http://profiles.friendster.com/
kasihungu