22 Oktober 2008

CD dan VCD Program Jalinan Kasih

Ada sahabat-sahabat yang bertanyakan saya tentang CD gambar-gambar Jalinan Kasih 2007. Saya berjanji untuk memberikannya secara percuma melalui pos kepada sahabat-sahabat. Terlebih dahulu saya dengan rendah hati memohon maaf atas beberapa masalah teknikal yang berlaku sehingga menyebabkan CD-CD tersebut tidak dapat diserahkan sepenuhnya kepada saudara/i. Sebahagian daripada CD-CD ini telah diserahkan kepada Sdr. Sarip dan ada sebahagian daripada sahabat kita khususnya yang berada di Serdang telah memiliki CD ini.

Bagaimanapun saya ingin mengubah sedikit pendekatan ini iaitu dengan hanya mengirimkan CD kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan sms kepada saya. Dengan ini saya tidak perlu "menabur" CD-CD tersebut tanpa arah dan sasaran penerimanya kerana kita kini telah mempunyai hampir 100 nama anak-anak Serdang dalam pangkalan data kita.

Untuk makluman semua juga video Program Jalinan Kasih II 2008 pun telah siap dalam bentuk VCD. Saya berbesar hati untuk memberikannya secara percuma kepada sahabat-sahabat.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua CD ini, saya mohon jasa baik sila SMS-kan ke nombor 019 - 2099 544 dengan menaip <JALINAN KASIH - NAMA PENUH - ALAMAT SURAT-MENYURAT>

Insya'allah kali ini CD-CD tersebut dijamin akan sampai ke pangkuan saudara/i. Kerjasama saudara/i juga saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tiada ulasan: