28 Oktober 2008

CD & VCD Program Jalinan Kasih Sudah Mula Diedarkan

Kepada rakan-rakan yang membuat tempahan CD & VCD Program Jalinan Kasih; CD-CD tersebut sudah mula dikirimkan melalui pos bermula hari ini.

Semoga saudara/i menerima sumbangan kecil ini dengan senang hati dan menjadikannya sebagai koleksi dan kenangan bagi silaturrahim kita semua.

Kepada rakan-rakan yang belum mendapatkannya, sila SMS kepada saya seperti dalam posting di bawah. Terima kasih!

22 Oktober 2008

CD dan VCD Program Jalinan Kasih

Ada sahabat-sahabat yang bertanyakan saya tentang CD gambar-gambar Jalinan Kasih 2007. Saya berjanji untuk memberikannya secara percuma melalui pos kepada sahabat-sahabat. Terlebih dahulu saya dengan rendah hati memohon maaf atas beberapa masalah teknikal yang berlaku sehingga menyebabkan CD-CD tersebut tidak dapat diserahkan sepenuhnya kepada saudara/i. Sebahagian daripada CD-CD ini telah diserahkan kepada Sdr. Sarip dan ada sebahagian daripada sahabat kita khususnya yang berada di Serdang telah memiliki CD ini.

Bagaimanapun saya ingin mengubah sedikit pendekatan ini iaitu dengan hanya mengirimkan CD kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan sms kepada saya. Dengan ini saya tidak perlu "menabur" CD-CD tersebut tanpa arah dan sasaran penerimanya kerana kita kini telah mempunyai hampir 100 nama anak-anak Serdang dalam pangkalan data kita.

Untuk makluman semua juga video Program Jalinan Kasih II 2008 pun telah siap dalam bentuk VCD. Saya berbesar hati untuk memberikannya secara percuma kepada sahabat-sahabat.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua CD ini, saya mohon jasa baik sila SMS-kan ke nombor 019 - 2099 544 dengan menaip <JALINAN KASIH - NAMA PENUH - ALAMAT SURAT-MENYURAT>

Insya'allah kali ini CD-CD tersebut dijamin akan sampai ke pangkuan saudara/i. Kerjasama saudara/i juga saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Video Jalinan Kasih II 2008 - Bahagian 5

Video Jalinan Kasih II 2008 - Bahagian 4

09 Oktober 2008

Gambar Program Jalinan Kasih 2008

Ini adalah gambar-gambar sumbangan Kapten Khairul Husni Abu Hashim. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan:


08 Oktober 2008

Gambar dan Video Program Jalinan Kasih 2008

Insya'allah dalam masa terdekat videoman kita Sdr. Md. Nizam akan memuatnaik video program Jalinan Kasih 2008. Video tersebut masih dalam proses editing dan akan mengambil sedikit masa untuk dimuatnaik.

Sayang seribu kali sayang Sdr. Md. Nizam tidak mengambil still photo pada tahun ini disebabkan masalah pada kameranya. Kepada rakan-rakan yang ada mengambil gambar program pada hari tersebut diharap sudi-sudilah mengirimkannya ke emel nizammatsaari@gmail.com untuk dikongsikan di laman web ini.

PIHAK "JAWATANKUASA TIDAK RASMI" PENGANJURAN PROGRAM JALINAN KASIH 2008 MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT DAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN SDR. / SDRI. HADIR KE PROGRAM TERSEBUT.

Teruskan melayari laman ini dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembangan seterusnya.

06 Oktober 2008

Jalinan Kasih 2008: Lagenda Kembali

Tidak keterlaluan jika diistilahkan sebagai "lagenda kembali" kerana Program Jalinan Kasih 2008 benar-benar dapat membawa kembali "lagenda" Sekolah Menengah Serdang atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang.

Buat pertama kalinya Program Jalinan Kasih berjaya menghimpunkan lapan orang guru yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Serdang Pusat (kini Sekolah Kebangsaan Dato' Haji Zainuddin) dan Sekolah Menengah Serdang.

Antara guru yang hadir ke Program Jalinan Kasih 2008 ialah bekas pengetua, Cikgu Mohd. Noor bin Mydin, Cikgu Abu Bakar Othman, Cikgu Aziz Ibrahim, Cikgu Ishak Md. Isa, Cikgu Mohd. Yusoff Hamzah, Cikgu Redzuan Mastan dan Cikgu Mohd. Noh Osman.

Turut hadir ialah bekas ADUN Bandar Baharu, iaitu Ustaz Muhamad Fishol bin Hj. Said yang juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Serdang.

Cikgu Mohd. Noor bin Mydin diberi peluang berucap kepada semua bekas pelajar. Dalam ucapannya beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang berusaha mengadakan program seumpama ini.

Beliau turut menasihatkan bekas pelajarnya supaya memberi komitmen yang tinggi dalam pekerjaan dan bidang yang diceburi. Beliau berbangga dengan pencapaian bekas-bekas pelajar SM Serdang yang berjaya menjadi "seseorang" pada hari ini dan memberi khidmat dan sumbangan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Lebih 30 bekas pelajar yang hadir ke Program Jalinan Kasih ini bersama keluarga masing-masing.

04 Oktober 2008

Selamat Berjumpa Guru-guru dan Sahabat-sahabat Lama Hari Ini

Dengan izin Allah, sekiranya tiada aral yang melintang pada hari ini Program Jalinan Kasih II (2008) insya'allah akan berlangsung seperti yang telah dirancang. Kita mengharapkan ramai sahabat-sahabat akan datang ke Dewan Seri Serdang pada petang nanti.

Kita juga mengharapkan guru-guru turut dapat menghadirkan diri ke program ini. Sekadar makluman, pada pagi ini semua ahli jawatankuasa pelaksana akan bertemu di Dewan Seri Serdang untuk membuat persiapan akhir seperti membersih dan mengemas dewan, menyusun atur peralatan dan beberapa persiapan lain.

Selamat berjumpa di Dewan Seri Serdang!