20 September 2008

Program Jalinan Kasih Kembali

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dan insya'allah tidak berapa lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Team penaja tidak rasmi sekali telah berbincang dan berura-ura akan mengadakan majlis dan program pertemuan Jalinan Kasih seperti tahun lepas. 
Baru-baru ini ketika berbual dengan Sdr. Sarip, antara tarikh yang dicadangkan ialah pada hari raya keempat (Sabtu, 4 Oktober 2008). Tempat masih belum diketahui.
Insya'allah saya akan melaporkan perkembangan program ini dari semasa ke semasa. Sama-samalah kita berdoa dan memberi sokongan semoga program ini menjadi kenyataan.
Saya sendiri pada hari ini telah menghantar banner untuk cetakan tanpa meletakkan tarikh, waktu dan tempat. Lambat-lambat takut tak sempat nanti.

2 ulasan:

Khairul Husni berkata...

Insyaallah...kalau jadik 4hb Okt tu....saya akan hadir dengan family kali ni.Harap sediakan tabung untuk semua kawan-kawan bagi sumbangan ikhlas. Sraip ada sms bgtau planning ni.

Man @ Syaharul Nizam berkata...

PROGRAM JALINAN KASIH II
Tempat : Dewan Sri Serdang
Jam : 2.15 pt - 5.00 ptg
-Peralatan (kerusi / meja)Sdr Mohd. Ali
-Caterer Rozaimi bin Che Ros
Jemputan MAN Bkt Buluh
Kawan2 = +-70 orang
Guru2 = 20 orang
Sila hebahkan maklumat ini kepada jemputan kepada kawan-kawan kita semua. Takut ada yang terlepas pandang.
Bendahari : Sarip + Norzie
Salam Aidilfitri