29 September 2008

Persiapan Program Jalinan Kasih Berjalan Lancar

Semuanya berjalan lancar! Alhamdulillah, usaha kita untuk mempertemukan rakan-rakan demi mengeratkan silaturrahim sesama kita nampaknya lancar dan berjalan dengan baik. Bagusnya tentang usaha ini semua rakan-rakan dan guru-guru yang dihubungi memberikan reaksi yang amat positif. Semuanya memberikan sokongan yang cukup padu.

Sehingga ke hari ini persiapan-persiapan asas seperti tempahan tempat, tempahan makanan dan paling penting jemputan sudah pun dibuat. Man dan Sarip memaklumkan bahawa guru-guru yang ditemui cukup teruja dengan pelaksanaan program ini. Begitu juga dengan rakan-rakan yang dihubungi.

Malah beberapa rakan telah secara sukarela menaja dan menyumbangkan beberapa material untuk menjayakan program ini.

Insya'allah, kita mengharapkan semangat dan sokongan itu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran Tuan / Puan / Sdr. / Sdri. pada hari program tersebut; 4 Oktober nanti.

Seperkara yang perlu dimaklumkan di sini ialah, kita akan mengumpulkan sedikit sumbangan daripada kehadiran Tuan / Puan / Sdr. / Sdri. ke program ini sebanyak RM20 seorang / keluarga.

Untuk makluman, bayaran ini adalah untuk kita menjelaskan beberapa kos terutamanya penyediaan makanan, penyewaan peralatan dan beberapa keperluan lain.
  • Bendahari : Sarip, Norzie
  • Penyediaan dan Persiapan Tempat : Man
  • Jemputan : Man, Sarip
  • Makanan & PA System : Rozaimi
  • Kerusi & Meja : Md. Ali
  • Jurukamera (video) : Md. Nizam
  • Tugas Khas : Fazuwar

Tiada ulasan: