29 September 2008

Persiapan Program Jalinan Kasih Berjalan Lancar

Semuanya berjalan lancar! Alhamdulillah, usaha kita untuk mempertemukan rakan-rakan demi mengeratkan silaturrahim sesama kita nampaknya lancar dan berjalan dengan baik. Bagusnya tentang usaha ini semua rakan-rakan dan guru-guru yang dihubungi memberikan reaksi yang amat positif. Semuanya memberikan sokongan yang cukup padu.

Sehingga ke hari ini persiapan-persiapan asas seperti tempahan tempat, tempahan makanan dan paling penting jemputan sudah pun dibuat. Man dan Sarip memaklumkan bahawa guru-guru yang ditemui cukup teruja dengan pelaksanaan program ini. Begitu juga dengan rakan-rakan yang dihubungi.

Malah beberapa rakan telah secara sukarela menaja dan menyumbangkan beberapa material untuk menjayakan program ini.

Insya'allah, kita mengharapkan semangat dan sokongan itu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran Tuan / Puan / Sdr. / Sdri. pada hari program tersebut; 4 Oktober nanti.

Seperkara yang perlu dimaklumkan di sini ialah, kita akan mengumpulkan sedikit sumbangan daripada kehadiran Tuan / Puan / Sdr. / Sdri. ke program ini sebanyak RM20 seorang / keluarga.

Untuk makluman, bayaran ini adalah untuk kita menjelaskan beberapa kos terutamanya penyediaan makanan, penyewaan peralatan dan beberapa keperluan lain.
  • Bendahari : Sarip, Norzie
  • Penyediaan dan Persiapan Tempat : Man
  • Jemputan : Man, Sarip
  • Makanan & PA System : Rozaimi
  • Kerusi & Meja : Md. Ali
  • Jurukamera (video) : Md. Nizam
  • Tugas Khas : Fazuwar

23 September 2008

Demi Jalinan Kasih: Sahabat-sahabat Yang Bersatu Hati

Rasanya kita amat bertuah dan beruntung mempunyai rakan-rakan yang berhati mulia yang mahu melihat silaturrahim sesama kita terus terjalin sepanjang masa.

Program Jalinan kasih yang kita mulakan pada tahun lalu (2007), sebenarnya adalah program yang bersifat sukarela dan dijalankan atas semangat ingin menghubungkan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada sahabat-sahabat kita; Man, Sarip, Shidan, Rozaimi dan yang lain-lain yang kini bertungkus-lumus menjayakan Program Jalinan Kasih 2008.

* Gambar banner Program Jalinan Kasih.

JEMPUTAN KE PROGRAM JALINAN KASIH II

Assalamu'alaikum. Bagi pihak urusetia dan jawatankuasa pelaksana Program Jalinan Kasih, dengan ini berbesar hati menjemput Tuan / Puan ke Program Jalinan Kasih tersebut.

Program tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh: 4 Oktober 2008 / 4 Syawal 1429H (Sabtu)

Masa: 3.00 - 5.30 petang

Tempat: Dewan Seri Serdang, Serdang Kedah

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

017.500.9210 (Man / Syaharul)
012.460.2205 (Sarip)

013.521.4176 (Shidan)


Program ini lebih bersifat SUKARELA dan untuk menjayakannya kami memerlukan dana dan sumbangan. Sekiranya Tuan / Puan ingin memberikan sumbangan, boleh dimasukkan ke akaun Maybank bernombor 1640 5203 2970 (Mohd. Nizam Shaari). Sekiranya sumbangan telah dibuat, sila SMS nama dan jumlah sumbangan ke nombor telefon saya 019.209.9544 dan / atau salah satu nombor penama di atas (Man @ Sarip @ Shidan) untuk pengesahan. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Terima kasih!

* Gambar: Kad Jemputan Jalinan Kasih

20 September 2008

Blog SMK Serdang?

Saya sering melayari internet dan tercari-cari kalau-kalau telah ada laman web atau blog sekolah-sekolah kita dulu, atau pun blog rakan-rakan sekolah kita dulu. Namun, susah jika kita tidak tahu pemiliknya dengan tepat.
Baru-baru ini saya menjumpai blog yang dinamakan sebagai http://smkserdang.blogspot.com/. Saya tidak tahu blog ini dibangunkan oleh guru atau salah seorang murid SMKS. Saya mencuba menghubungi emel yang tertera, namun tiada jawapan. Malah blog tersebut juga hanya di-update sehingga 15 Februari 2008 sahaja.
Mohon rakan-rakan yang punya laman laman web atau blog rakan-rakan yang lain dapat memaklumkan kepada saya melalui emel nizammatsaari@gmail.com.

Program Jalinan Kasih Kembali

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dan insya'allah tidak berapa lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Team penaja tidak rasmi sekali telah berbincang dan berura-ura akan mengadakan majlis dan program pertemuan Jalinan Kasih seperti tahun lepas. 
Baru-baru ini ketika berbual dengan Sdr. Sarip, antara tarikh yang dicadangkan ialah pada hari raya keempat (Sabtu, 4 Oktober 2008). Tempat masih belum diketahui.
Insya'allah saya akan melaporkan perkembangan program ini dari semasa ke semasa. Sama-samalah kita berdoa dan memberi sokongan semoga program ini menjadi kenyataan.
Saya sendiri pada hari ini telah menghantar banner untuk cetakan tanpa meletakkan tarikh, waktu dan tempat. Lambat-lambat takut tak sempat nanti.