21 November 2007

Gambar Program Jalinan Kasih

Saya percaya ramai sahabat-sahabat ingin melihat gambar-gambar semasa Program Jalinan Kasih semasa Aidilfitri lalu. Insya'Allah seperti yang dijanjikan saya masih dalam proses untuk mengirimkan kepada saudara saudari semua gambar-gambar tersebut dalam bentuk CD. Terpulanglah untuk saudara/i mahu memprosesnya untuk simpanan peribadi. Buat masa ini saya masih menunggu senarai nama-nama yang kita kumpulkan dulu untuk tujuan mengirimkan CD tersebut kepada saudara/i. Namun, saya akan upload-kan sebahagian gambar-gambar tersebut di sini untuk tatapan saudara/i. Terima kasih.

20 November 2007

Jalinan Kasih - Kita Kembali

Insya'Allah saya akan kembali menyemarakkan laman blog ini sebagai salah satu wadah untuk kita berkongsi cerita dan bertanya khabar. Program Jalinan Kasih yang sama-sama kita jayakan pada hari raya kedua Aidilfitri yang lalu memberi semangat dan kesungguhan kepada saya [kami] untuk terus menulis dan mengemaskini laman blog ini untuk tatapan rakan-rakan.

Harapan saya, dengan laman blog ini nantinya akan lebih mengeratkan silaturrahim sesama kita lebih-lebih lagi dalam keadaan kita saling berjauhan dan sibuk dengan komitmen masing-masing. Seperti kata Cikgu Joohari, kita telah melakukan sesuatu yang baik mengumpul dan mempertemukan kita yang suatu ketika dulu pernah bersama. Ayuh mari kita teruskan semangat ini supaya hubungan ini berterusan dan kita sentiasa tahu khabar dan berita di antara satu sama lain.

Kaedahnya mudah; saya berharap selain kita berjumpa, bertelefon dan ber"sms", saya ingin menjadikan laman blog ini sebagai satu lagi wadah yang menjalinkan silaturrahim kita. Di sini saya bersedia untuk upload berita-berita, cerita-cerita dan gambar-gambar khususnya tentang KITA. Ada cerita, berita, pengumuman, promosi, gambar dan sebagainya, sila emelkan kepada saya melalui emel ini: nizammatsaari@gmail.com atau nizammatsaari@yahoo.com atau nizam@inmind.com.my. Telefon bimbit saya yang bernombor 019-2099544 juga available 24 jam untuk tujuan di atas :)